SHAH ALAM, 24 DIS: Laluan sehala akan dibuka di Jalan B66 Batang Kali-Genting Highlands untuk kenderaan ringan mulai awal Januari, kata Dato’ Menteri Besar.
BATANG KALI, 24 DIS: Berbaki satu lagi mangsa yang hilang dipercayai seorang kanak-kanak lelaki, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kesembilan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, di sini diteruskan hari ini.
ALOR GAJAH, 23 DIS: Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan oleh Tai Seng Fui, 63, apabila empat ahli keluarganya berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR), walaupun dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
BATANG KALI, 23 DIS: Usaha pencarian seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, memasuki hari kelapan, pagi ini.
KUALA LUMPUR, 22 DIS: Memasuki hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, dekat Batang Kali, hanya seorang kanak-kanak lelaki masih belum ditemukan.
PETALING JAYA, 22 DIS: Garis panduan berhubung ketetapan dan peraturan aktiviti perkhemahan akan dikuat kuasa sebagai enakmen atau peraturan pekeliling, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 22 DIS: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai empat lagi mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Batang Kali, Hulu Selangor pagi ini.
SHAH ALAM, 21 DIS: Pihak polis akan menentukan sama ada pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm perlu bertanggungjawab dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali.
SHAH ALAM, 21 DIS: Kerajaan Negeri akan adakan pertemuan dengan semua pemegang taruh aktiviti perkhemahan selepas melaksanakan bancian menyeluruh terhadap aktiviti rekreasi itu.
SHAH ALAM, 21 DIS: Majlis Agama Islam (Mais) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyelaras surau bergerak di tapak bencana tanah runtuh di Batang Kali.
SHAH ALAM, 19 DIS: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) memasang kanvas di kawasan cerun Seksyen 14.000 berhampiran lokasi tragedi tanah runtuh di Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor kelmarin.
BATANG KALI, 21 DIS: Pasukan mencari dan penyelamat hari ini berkemungkinan besar akan membuat penggalian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini.
SHAH ALAM, 21 DIS: Mayat seorang lelaki dewasa ditemukan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm jam 11.16 pagi ini.
BATANG KALI, 21 DIS: Mayat kanak-kanak perempuan yang juga mayat ke-25 yang ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, dijumpai bersama empat buah beg mengandungi pakaian dan komputer riba.
SHAH ALAM, 21 DIS: Mayat kanak-kanak perempuan yang merupakan mangsa ke-25 tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Batang Kali ditemui.
BATANG KALI, 20 DIS: Anggota penyelamat menemukan selimut, tong dan peralatan perkhemahan di sektor C (Riverside) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini yang memasuki hari kelima hari ini.
BATANG KALI, 20 DIS: Anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya tidak berputus asa dan patah semangat dalam menjalankan tugas pencarian yang kini memasuki hari kelima.
BATANG KALI, 20 DIS: Seramai 29 daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini, adalah kanak-kanak.
SHAH ALAM, 20 DIS: Dato' Menteri Besar menziarahi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis di Hospital Selayang.
SHAH ALAM, 20 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menghargai usaha anggota keselamatan yang bertungkus-lumus mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tanah runtuh di Batang Kali.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.